Search
Search
Kemana perginya dR Sam dan Musafir

Kemana perginya dR Sam dan Musafir

dR Sam & Musafir. dR Sam masih muncul dalam program semasa, anggota yang lain apa perkhabaran mereka hari ini?

Update oleh Kai Mn (kiri sekali dalam gambar)

Paling kanan dR Sam…. Sekarang tinggal kat ampang bukit indah…. Sepenuh masa buat keje tabligh.

Sebelah dia sham.. Drummer g ganti tempat drummer asal kojai.. Tak tau kat mana sekarang.. Kojai drummer asal duk Cheras baru kawen sebelum covid melanda.

Dia kena tendang dari grup sekejap pastu masuk balik.. Sham ganti tempat dia… Sham kowt nama dia.. Ingat-ingat lupa la.. Yem yang tendang dia. Berlaga angin.. Dua-dua kepala batu.. haha.

Kojai ni memang main harp… Zaman sekolah padang tembak bila dia join dan band dynasty dia main drum ganti tempat chaok.

Tah bila masa dia belajar main drum tak tau la.. Tau tau jer boleh ketuk drum.. Kojai ni zaman sekolah dah main kelab.

Masa tu la dia kenal dengan yaya yem musafir. Pernah ikut tour Terengganu dengan komposer Ady Jaggat masa dia tingkatan 4.

Berbulan ponteng sekolah wo… Cikgu pun bleh tak kata apa.. haha..

Duduk paling depan gitaris yahya abang kod yem. Duk setapak jaya. Pencen dah main gitar.

Duduk tengah Yem pemain bass. Tinggal kat Muar, johor meniaga kedai makan.. Anak pompuan ikut jejak dia main muzik..

Yang pakai baju biru tu Azmi.

Dan yg paling kiri itu saya. Buka kedai kasut bundle kat setapak… Saya anggota paling muda dalam band dR Sam & Musafir.. Yem bassist bawa saya masuk.

Saya join masa lagu Saya Anak Malaysia tengah meletop. Tak lama lepas tu dR Sam & Musafir bubar.. Sempat la merasa buat konsert tour..

Semua dah lost contact. Buat hal masing-masing jer.

Sumber: Hisham Kasim

GitarKapok