Aku pasti dalam grup ini ada peminat thrash/underground tanahair seperti kumpulan Punisher, Nemesis, Slap Death, Picagari dan sebagainya (sekadar menyebut beberapa nama band/group).
Dulu-dulu selain rock kapak ada sesetengah penggemar muzik lebih meminati genre rock yang lebih ekstrem seperti thrash metal, death metal, black metal, punk, hardcore, grindcore dan industrial. Muzik yang lebih berat dan laju ini sebenarnya tidak diterima di arena muzik ‘mainstream’ di Malaysia.
Stesen radio langsung tidak memainkan lagu mereka dan media amat jarang memberikan publisiti. Ketika itu ianya adalah muzik terpencil dan dikategorikan sebagai muzik underground.
Walaupun golongan peminat muzik ini kerap dilabel sebagai negatif, ia sebenarnya unik kerana mereka lari daripada kebiasaan muzik arus perdana sedia ada.
Bermula pada tahun 1988, keadaan sudah menjadi semakin hangat apabila sudah ramai remaja yang berminat muzik sebegini. Band-band underground tumbuh bagai cendawan selepas hujan.
Muzik undergroud mula diklasifikasikan dengan lebih spesifik seperti death metal, industrial, grindcore, hardcore, dan punk. Kalau sebelum itu jika sesuatu muzik itu lebih berat daripada heavy metal, ianya dipanggil thrash metal.
Gambar lama sisipan tahun 1987 yang diambil di depan Pasaraya Peladang/Kompleks Peruda ini ialah kemunculan awal vokalis Aru yang berbaju merah.
Aru menubuhkan band Nemesis, Koffin Kanser dan Republic of Brickfields yang bertemakan politics, social & sci-fi. Sementara yang nampak kepala saja tu arwah Lee Toyol bassist Picagari.
Masa ini vokalis Picagari arwah Araya dan vokalis Infectious Maggots Fathul masih bersekolah. Sementara Shidi gitarist Nemesis/Belantara sudah berada di tanah air sekembalinya beliau dari pengajian di UStates.
Cheegan drummer Nemesis/Punisher pula masih belom sampai di lokasi kejadian. Kesemuanya berasal dari Alor Setar, Kedah.
Rasanya sampai sekarang masih ada peminat Punisher, Koffin Kanser, Picagari dan Infectious Maggots kan? Yang rajin layan gig dan konsert 80an tu tahu lah.
Sumber: Nahar Fadzil