Satu contoh bagaimana muzik hard rock mempengaruhi perkembangan muzik di Malaysia ialah Man Kidal.
Kita boleh mendengar dalam rakaman album Search “Cinta Buatan Malaysia 1985” dimana gitarnya lebih kepada pengaruh dari Van Halen, Micheal Schenker (Scorpion), Iron Maiden & Deep Purple.
Di dalam rakaman album band Lefthanded tahun 1986 permainannya sudah beralih kepada pengaruh muzik Yngwie. Pemain drum Yazid dari band Search ialah peminat John Bonham iaitu drummer kepada Led Zeppelin.
Amy Search yang semasa remaja nya sering mendengar lagu-lagu dari Rolling Stone, Deep Purple & Led Zeppelin. Hillary guitarist Search, bunyi gitarnya seperti Van Halen & Journey.
Sudirman pernah menjemput Hillary dari band Search untuk bermain gitar dalam rakaman album “Kulit” kerana petikannya yang garang seperti Van Halen dalam lagu Beat It Micheal Jackson.
Muzik rock Malaysia pada pertengahan tahun 1980an menampilkan ciri-ciri kebaratan tanpa irama kemelayuan kecuali ia dinyanyikan dalam bahasa Melayu.
Bagaimanapun sebelum gelombang rock melanda Malaysia ada terdapat beberapa lagu yang ada unsur-unsur kemelayuan dalam album Sweet Charity & Search (Cinta Buatan Malaysia).
Ini adalah kerana muzik rock yang masih baru pada masa itu dan juga untuk memikat citarasa pendengar muzik tempatan dan juga berkaitan dengan pasaran tempatan.
Memang tidak dapat dinafikan lagi remaja Malaysia terutama para pendengar lagu Melayu sudah bosan pada masa itu mendengar lagu-lagu pop sentimental atau irama tempatan.
Mereka beralih kepada muzik Rock barat yang rancak & segar sama juga seperti remaja di tahun 1990an yang mahu beralih mendengar muzik baru alternative atau Muzik Indie.
Bagaimana pun oleh kerana orang Malaysia sangat gemar kepada muzik rentak perlahan maka kebanyakan band Rock Malaysia hanya dapat naik terkenal dengan lagu-lagu “slow rock”.
Ini dapat kita lihat sendiri dari persembahan seperti “Juara-juara lagu TV3″ & persembahan muzik di RTM akhir 80an & awal 90an”.
Tetapi tidak kepada peminat & pemuzik rock yang serius di seluruh Malaysia, mereka lebih suka mendengar lagu-lagu rancak irama Rock & Metal. “Slow Rock” dalam erti yang sebenarnya ialah rentak drum atau beat 3/4 seperti rentak drum dalam lagu Unchained Melody.
Tetapi oleh kerana terdapat juga lagu Rock berbunyi gitar distortion dalam irama & rentak yang perlahan maka terma atau panggilan “slow rock” diguna pakai oleh orang ramai. Kalau di Amerika lagu rock rentak perlahan dipanggil “Rock Ballad”.
Walaupun irama hard rock, metal, glam rock, progressive rock & punk rock sudah lama digemari para pendengar muda Malaysia semenjak tahun 1970an lagi, tidak ada satu band tempatan yang ada merakam lagu irama tersebut di Malaysia.
Kecuali Sweet Charity yang berasal dari Singapura & beberapa band dari Indonesia seperti God Bless.
Kalau ada pun pemuzik rock mereka hanya bermain di pentas awam atau kelab juga merakam lagu dalam genre berlainan.
Syarikat rakaman tempatan tahun 1970an & 1980an juga tidak berani untuk menerbit lagu berentak irama rock yang aggresive kerana pasaran & penerimaan penduduk Malaysia yang lebih suka mendengar muzik pop, sentimental & irama Melayu.
Oleh kerana tidak banyak album muzik rock apa lagi lagu-lagu heavy metal berbahasa melayu maka remaja Malaysia telah menubuhkan band mereka sendiri yang berpandukan kepada muzik rock barat dengan berharap suatu hari nanti mereka dapat merakam lagu rock dalam bahasa Melayu.
Tahun 90an pula band Malaysia OAG mendapat inspirasi dari Oasis band alternative British yang bermain muzik ala The Beatles.
Begitu juga dengan pemuzik alternative tempatan mereka bermain, mencipta lagu & merakam lagu sendiri berpandukan pengaruh & inspirasi muzik alternative barat.
Dari manakah datang nya muzik alternative?
Ia adalah muzik underground & indie yang bukan dari aliran perdana atau mainstream.
Di namakan alternative kerana ia genre muzik yang berlainan dari muzik pop & rock popular dan sebagai satu bentuk hiburan lain kepada mereka yang mahu beralih daripada muzik tahun 80an.
Muzik alternative terdiri dari berbagai-bagai genre seperti Punk, Ska, folk, rock, pop dan lain-lain muzik yang dianggap aneh & baru.
Bagaimana pula dengan lagu Pop tempatan? Irama mereka tidak sama dengan muzik Rock barat! Ya memang tidak sama kerana mereka mendapat pengaruh menerusi lagu-lagu Pop barat.
Mereka yang bermain muzik dan menggubah lagu untuk rakaman lagu artis-artis tempatan adalah peminat lagu-lagu barat.
Untuk menerbitkan lagu berentak modern maka unsur-unsur barat tidak dapat dinafikan untuk dimasukkan & digabungkan dengan irama muzik tempatan kedalam produk mereka yang sesuai dengan orang muda pada zaman tersebut yang mengikut trend muzik atau feshen dari barat.
Bukan sahaja pada tahun-tahun 60an atau 70an malahan juga pada dekad 80an, 90an dan abad millennium 2000 – 2011. Muzik tempatan akan sentiasa mengikut perkembangan trend dari barat.
Memang ada juga pemuzik di Malaysia yang jarang mendengar muzik Rock & Pop barat atau sangat sedikit pengaruh Rock barat keatas permainan muzik mereka.
Mereka hanya mendengar lagu-lagu penyanyi & pemuzik tempatan atau lagu dari pemuzik/penyanyi negera seberang akan tetapi idola atau penyanyi & pemuzik yang mereka minati itu juga mendapat pengaruh dari muzik barat.
Rencana tulisan ini bukan untuk merendahkan martabat pemuzik Malaysia tetapi sekadar untuk memberitahu bahawa muzik barat yang memungkinkan kemunculan pemuzik-pemuzik tempatan.
Bukan di Malaysia sahaja tetapi di seluruh dunia mendapat tempias dari muzik barat.
Ada orang berpendapat muzik barat seperti Pop, Rock, Rap & R&B tidak baik. Ada yang tidak minat muzik barat kerana bahasanya tidak difahami, apa lagi kalau muzik itu sendiri mereka tidak faham & minat.
Muzik bukan kepunyaan seorang individu sahaja tetapi adalah kepunyaan semua 6 billion penduduk dunia yang menggemari muzik tak kira lah apa jenis muzik pun disemua 195 negara dalam dunia.
Memang tidak dinafikan muzik rock barat kadangkala membawa unsur negative yang tidak baik kepada orang Malaysia. Tetapi itu semua tertakluk kepada peraturan larangan penjualan & larangan menyiarkan lagu lagu yang berunsur tidak baik di Malaysia.
Tetapi bukan semuanya lagu dari barat itu berunsur tidak baik.
Orang Melayu mengambil perkara yang baik seperti teknik permainan bermain muzik rock untuk bermain muzik mengikut citarasa orang Malaysia dan membuang serta tidak mengikuti unsur unsur yang tidak baik.
Sumber: Sudirjan Ahmad Kunjoo