Kumpulan Freedom dan Mulanya disini..
Sama-sama menjejak mimpi
Sama-sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Bait-bait lirik lagu diatas pastinya bukanlah sesuatu yang asing untuk kita semua khususnya otai MDDO.
Siapa yang tak kenal kumpulan Freedom- kumpulan muzik popular di era 80s dahulu.
Kumpulan ini dahulunya di anggotai oleh Seha (vocal) Shuaib Shaari( vocal/drummer)Ghani Karim (gitar)Mohd Nor Shahriman (bass) dan Richard Gomis(Keyboard).
Yang membuatkan populariti kumpulan ini melonjak naik di era 80an salah satu sebabnya adalah kerana lagu popular mereka – Mulanya disini atau lebih dikenali dengan ‘sama-sama’
Apa yang bestnya dengan lagu Mulanya disini? Hingga sekarang masih bertahan atau lebih tepat dipanggil lagu lama yang malar segar.
Mungkin kerana lirik lagu yang selari dengan rentak muzik yang harmoni.. Paling tidak ayat “sama-sama” meniti di bibir peminat dan jadi siulan tak kira kanak- kanak,dewasa ,tua dan muda.Juga mendapat tempat di hati peminat dari pelbagai bangsa.
Paduan suara Seha dan Shuaib memang serasi untuk lagu ini. Malah jika dilihat persembahan kumpulan Freedom ketika mempersembahkan lagu ni, semua ahli kumpulan bergerak dengan step tersendiri bersama seiringan dgn “Sama-Sama”.
Seha dengan gaya,fesyen yang tersendiri.. Paling suka tengok topinya.
Lagu Mulanya disini juga pernah bertanding di peringkat final Pertandingan Muzik-Muzik TV3 pada tahun 1987 atau sekarang di sebut Anugerah Juara Lagu. Namun tiada rezeki untuk memenangi sebarang anugerah. Finalist masa tu hebat-hebat belaka. Sengit.
Walau tak menang apa-apa anugerah, lagu ini penangannya dirasai hingga sekarang. Itulah ‘anugerah’ yang tak ternilai. Lagu yang berjaya memenangi hati ramai orang.Lagu yang ada aura tersendiri.
Lagu Mulanya disini adalah hasil ciptaan Komposer dan juga penyanyi terkenal era 80an iaitu Royston Sta Maria. Liriknya di tulis Syed Haron.
Mulanya di sini adalah satu masterpiece pada saya. Lagu yang tak jemu di dengar dan didendang. Sentuhan Royston Sta Maria memang hebat.
Menulis dan mencipta lagu yang disukai ramai. Memang lagu Mulanya disini seperti ada aura tersendiri. Smooth and touching. Kiranya easy listening untuk para pendengar.
Saya juga adalah peminat Royston Sta Maria. Suara dia memang best bila mendendangkan lagu sentimental. Mencipta lagu pun dia boleh.
Jika kita hayati liriknya, kebanyakan dari kita mungkin menganggap ianya tak lebih dari sebuah lagu cinta macam kebiasaan yang kita dengar namun kekuatan lirik ‘sama-sama’ menterjemahkan lebih pada satu maksud tak terbatas hanya soal cinta.
Ianya juga boleh dikaitkan dengan nilai setiakawan, bersatu hati, muafakat,perpaduan. Maka itu lagu ini sentiasa relevan dengan kehidupan kita dulu dan sekarang.
Jarang sebenarnya sesebuah lagu itu boleh bertahan dan bertahta di hati orang hingga bertahun lamanya namun lagu Mulanya disini tetap meniti di bibir peminat-peminat mereka.
Tiada yang lebih menggembirakan buat penyanyi serta ahli kumpulan terutamanya komposer lagu ini melainkan melihat karyanya terus dihargai sepanjang zaman.
Tak kurang juga yang ambil lagu “Sama-Sama” ni sebagai tema di hari keramaian,reunion dan persembahan santai. Lagi best jika dinyanyikan beramai- ramai.
Tak kurang juga yang ambil rentak lagu ini untuk commercial ads .Saya masih ingat pertama kali saya lihat iklan Malaysia Airline di TV menggunakan rentak lagu “Sama Sama” ini di awal tahun 90an.
Banyak lagi iklan-iklan yang gunakan lagu Sama-Sama ini yang tak mungkin saya dapat senaraikan satu persatu.
Dalam banyak-banyak commercial ads,saya paling saya suka iklan Celcom-Ikhlas dari 5 Sekawan yang menggunakan part corus lagu ini dalam iklan mereka.. Touching.. boleh search di you tube if nak dengar.
Kumpulan Freedom pastinya dikenang dalam sejarah hiburan kita dan sentiasa di hati peminat-peminat yang membesar dengan lagu- lagu mereka. Kemunculan Freedom dengan lagu Mulanya di sini di tahun 1987- ketika saya masih darjah 4.
Lagu-lagu kumpulan Freedom yang lain dalam album mereka sedap-sedap belaka. Cuba dengar lagu Jauh di rindu, Kau yang memungkinkanya, Babak cinta terakhir, Cinta ciptaan kita, Kerana rindu ini, Persamaan – semua ni lagu-lagu best. Suara Shuaib mantap
Sampai sekarang saya masih lagi layan lagu-lagu mereka.
Terima kasih Freedom kerana mewarnai dunia hiburan kita dan juga menghiburkan zaman kanak-kanak dan remaja saya dengan lagu-lagu mereka.
Sungguhpun kumpulan ini tidak seperti dulu yang mana telah membawa haluan masing-masing, ada yang telah pergi buat selama-lamanya (Alfatihah buat pemain gitar Ghani Karim dan Seha) anda semua tetap di kenang.
Lagu Mulanya disini a.k.a Sama-Sama akan sentiasa meniti di bibir peminat-peminat anda. Salah seorangnya adalah saya.
Sumber: Ct Jaycat