Search
Search
Kategori jiwa dalam meminati jenis kumpulan muzik

Kategori jiwa dalam meminati jenis kumpulan muzik

Semasa saya bersekolah menengah rendah di tahun 1978 hingga 1980, kumpulan-kumpulan muzik mula muncul kembali setelah suram hampir sedekad dengan berakhirnya era pop yeh yeh.

Kemunculan kumpulan Black Dog Bone, Carefree, Alleycats dan Flybits telah mewarnai kembali muzik-muzik pop berkumpulan.

Ditengah ‘kepanasan’ kumpulan muzik pop ini, terselit pula kumpulan Blues Gang yang bergenre Blues, Sweet Charity yang bergenre rock dan Kumpulan Kembara yang bergenre muzik rakyat.

Disamping itu kemunculan penyanyi pop solo Jamal Abdillah telah turut sama mewarnai dunia muzik ketika itu mengiringi penyanyi solo seniornya Sudirman (Sudirman ni multi genre).

Bagi kami budak yang baru meningkat remaja ketika itu mempunyai pelbagai ketegori jiwa dalam meminati mereka. Ianya terdiri dari ketegori berikut :

A. Yang berjiwa happy go lucky dan perasan diri tu teror suka mengacau budak perempuan : meminati BDB, Alleycats, Flybits, Sweet Charity, Blue Gang, Kembara, Sudirman. ๐Ÿค—

B. Yang berjiwa ranggi dan perasan hensom : meminati Jamal Abdillah.๐Ÿ˜Ž

C. Yang berjiwa ‘kegedikan’ (yang ni lekat kat budak perempuan laa..) : of cos la goes to Carefree. Bukan apa pun…sebab tergila kat JayJay jerrr…๐Ÿ˜œ

Soalan disini : Apakah ketegori anda ketika itu ?

Gambar : Dikutip dari Google
Sumber: Mazlan Malek

GitarKapok