Search
Search
FTG antara perintis awal thrash metal Malaysia

FTG antara perintis awal thrash metal Malaysia

MUZIK METAL: FTG antara perintis awal thrash metal Malaysia.

FTG sebaris dengan beberapa jenama metal Tanahair Malaysia terawal seperti Cromok, Sil-Khannaz & Blackfire yang menjadi pencetus permulaan dan kemunculan muzik metal di sini.

Selain Cromok, FTG adalah antara jenama terawal thrash metal Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1989. Berbeza dengan Cromok yang memulakan karya di Australia, FTG berpangkalan di Kuala Lumpur. Lineup awal FTG adalah Jac, Mie, Zam dan Bart.

Sepanjang penglibatan aktif mereka sejak 1989 hingga kini, FTG telah menghasilkan 12 buah album ( 11 ‘full lenght album’ & 1 ‘live album’) dan beberapa Ep termasuk kompilasi. Album terkini FTG adalah ‘Kau Jangan Kurang Ajar’, 2019.

FTG juga adalah antara band metal Malaysia yang terawal mengeluarkan material selepas Suffercation dan Cromok. Mereka tampil dengan material pertama iaitu Ep ‘Freedom That’s Gone’ pada tahun 1991.

Selepas album ‘To The Front’ (1996), Tajul Ftg menggalas peranan vokalis utama FTG sehingga kini. Penampilan beliau kali pertama adalah untuk album ‘Aku Tak Peduli’ yang diterbitkan pada tahun 1998.

Album ini boleh dianggap sebagai pelonjak buat FTG secara meluas ke peringkat arus perdana. Band ini sebenarnya sudah memiliki kelompok peminat sendiri kerana bergiat aktif membuat persembahan di fun-fair seluruh negara sekitar hujung 80an dan era 90an dulu.

Lineup Terkini FTG:
Jac-gitar
Mie Ftg-bass
Tajul-vokal
Jemboo-gitar
Shamir-drum

Sumber:Tuan Rockers
Gambar : Kredit Rockstage Entertainment

GitarKapok